Selasa, 28 Mei 2013
7 Perkara yang dirahsiakan suami daripada isteri mereka.
Terdapat perbezaan antara budaya orang barat dan budaya orang timur. Terutama sekali dalam perhubungan rumah tangga. Orang timur, khasnya orang Malaysia biasanya tidak berbincang atau memberi tahu perkara kepada isteri mereka.
Justeru itu, timbul perkara yang menyebabkan kecelaruan komunikasi dan hubungan antara suami isteri. Berikut adalah 7 perkara yang tidak diberitahu oleh suami kepada isteri secara terus terang tetapi sangat mendambakan perkara tersebut.
1. Suami berkeinginan untuk di hormati.
Jika dipilih antara cinta atau rasa dihormati bagi lelaki dan suami. Maka suami akan memilih untuk rasa dihormati berbanding rasa dicintai. Ini adalah sangat berbeza bagi wanita yang mana mahu dicintai.
Lelaki terutama sekali lelaki Islam, telah diajar bahawa suami meruapakan ketua rumah tangga. Ketua rumah tangga ini telah dididik dan diajar sejak kecil lagi bahawa merekalah yang akan menanggung keluarga.
Adalah amat susah bagi lelaki untuk pulang ke rumah yang mana dirinya tidak dihormati. Justeru, isteri perlulah meletakan rasa hormat kepada suami sebagai asas dan prioriti dalam rumah tangga.
Tiada hormat maka tiadalah cinta yang dapat diberikan oleh suami. Amat sukar bagi seorang suami yang bersusah payah mencari rezeki untuk keluarga dan apabila pulang kerumah tiada rasa hormat diberikan kepadanya.
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.
Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. (Surah An-Nisa , Ayat 34)
2. Suami ingin memiliki isteri yang setia.
Apabila dikatakan memiliki isteri yang setia bukanlah bermakna memiliki isteri yang tidak curang. Namun, sifat curang pasangan merupakan cara yang paling cepat dan mujarab untuk menghancurkan sesebuah rumah tangga.
Suami memerlukan isteri, atau wanita dalam hidupnya. Walaupun, ada suami yang menyangka bahwa dia boleh hidup tanpa wanita. Namun, hakikatnya lelaki amat memerlukan isteri.
Justeru, berilah apa yang suami inginkan, kesetian. Kesetian bermaksud memiliki isteri yang sentiasa ada bersama mereka ketika susah dan senang.
Lelaki sering memikirkan sama ada isteri mereka akan tetap bersama mereka jika berlaku masalah kewangan, kehilangan kerja, dilanda penyakit yang menyebabkan kehilangan mata pencarian. Kegagalan dalam perniagaan atau suami terpaksa berhenti kerja untuk sambung belajar atau ketika suami difitnah dan menyebabkan nama baiknya tercalar.
Kesetian merupakan asas dalam perhubungan bagi suami. Jika isteri setia pada suami, maka kesetian jugalah yang akan diberikan oleh suami kepada isteri.
3. Suami sentiasa mahu keperluan hubungan intim dipenuhi.
Setuju atau tidak, hubungan intim merupakan satu keperluan bagi suami. Walaupun, perkara ini tidak dibincang secara terbuka. Namun, fisiologi dan biologi suami amat memerlukan hubungan intim sebagai salah satu perkara yang diinginkan daripada suami.
Menolak atau mencari alasan untuk tidak bersama suami merupakan salah satu yang menyebabkan suami rasa di reject.
Hadis:
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya
:”Apabila seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidur, tetapi tidak diendahkan oleh isterinya, lalu malam itu suaminya marah kepadanya maka isteri itu mendapat kutukan malaikat sehingga Subuh.”
(Muslim)
Jadi, usahalah sebaik mungkin untuk memenuhi kehendak suami. Jika berada dalam keadaan uzur atau tidak sihat. Maka, tolaklah dengan cara baik dan beritahu masa lain untuk bersama. Isteri juga boleh mengambil inisiatif untuk bersama suami. Ini akan menambahkan lagi kasih sayang dalam rumah tangga.
Keinginan sex ini juga berkait rapat dengan 2 perkara di atas iaitu rasa hormat dan memilki isteri yang setia.
4. Suami secara semulajadi memikirkan tentang perempuan.
Maksud berfikir tentang perempuan bukanlah bermaksud suami curang kepada isteri, atau suami berfikir untuk kahwin dua, atau suami berfantasi dengan perempuan lain.
Cuma itu adalah lumrah dan sifat lelaki dan perkara ini dirahsiakan dan tidak diberitahu kepada isteri. Ini adalah lumrah atau cara otak lelaki berfikir secara langsung atau tidak langsung.
Untuk mengelakan suami daripada berfikiran seperti ini.
Berikan 3 perkara asas yang disebutkan tadi. 1. Hormat 2. Setia 3. Hubungan intim
Insyallah, suami akan teragak-agak untuk cari lain jika 3 perkara ini dipenuhi dan akan suka dan berusaha untuk mengembirakan hati isterinya. Contohnya: Beri duit lebih, bawa makan angin, beri hadiah mahal dan akan lebih mahu mendengar dan memenuhi permintaan isteri mereka.
5. Suami suka mengembirakan hati isteri.
Suami secara semulajadi mahu dan ingin mengembirakan hati isteri. Cara suami mengembirakan hati isteri adalah dengan berkerja kuat untuk mencari duit untuk isteri dan keluarga. Kenapakah suami berkerja kuat? Bukankah untuk mengembirakan hati isteri?
Kadang kala suami sanggup mengambil risiko berniaga untuk menambahkan pendapatan kelurga. Kenapa suami sanggup bersusah payah? Bukankah untuk memenuhi keperluan isteri.
Suami juga suka dan berusaha untuk memberi hadiah kepada isteri. Jadi pakailah dan hargailah pemberian suami.Walaupun demikian, isteri janganlah mengungkit dan mencari kesalahan suami tentang apa yang dia tidak buat untuk isteri. Atau mencari jalan untuk mengagalkan usaha suami untuk mengembirakan hati isteri. Contohnya dengan mempertikaikan harga barang yang dihadiahkan suami.
Ini akan menyebabkan suami kecewa dan rasa tidak dihormati. Rasa hormat merupakan perkara pertama yang diingini oleh suami yang tidak diberitahu kepada isteri.
6. Suami suka isteri yang sentiasa berpesan kepada mereka.
Allah Berfirman dalam surah Al-Asr ayat 3
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Suami suka isteri yang sentiasa berpesan perkara-perkara yang baik kepada mereka. Nasihat secara hikmah dari isteri ini akan menyebabkan suami rasa dan mahu menjadi suami dan muslim yang lebih baik. Jangan paksa suami, kerana tiada paksaan dalam Islam. Juga memaksa suami jarang sekali berkesan.
Isteri yang baik sentiasa berpesan kepada suami agar solat berjemaah dan masjid, meminta solat subuh bersama atau tolong kejutkan suami. Puji kekacakan suami sekiranya dia bercukur atau mengemaskan diri. Perkara perkara kecil ini merupakan perkara yang disukai suami tetapi tidak diberitahu kepada isteri.
7. Suami mencintai isteri mereka tetapi tidak mempamerkannya.
Ini merupakan sifat semulajadi lelaki. Lelaki memang sukar mempamerkan emosi mereka kecuali bab yang merupakan minat mereka( Sukan, kereta, gadjet atau politik). Perkara ini memang sukar diterima dan ditelan oleh isteri yang merasakan bahawa suami mereka tidak mencintai atau tidak memberi perhatian kepada mereka.
Biasanya suami tidak pandai untuk mempamerkan rasa cinta dan tidak melafazkan kata cinta dengan kerap seperti yang mahu didengari oleh isteri mereka.
Namun, suami yang sanggup berkahwin dengan isteri telah menunjukan bahawa mereka mencintai wanita tersebut. Lelaki biasanya tidak akan berkahwin dengan perempuan yang mereka tidak cintai atau sukai.Justeru itu, isteri sendiri boleh mengetahui sama ada suami mencintai diri mereka atau tidak melalui perbuatan suami walaupun tidak dilafazkan.
Contohnya: Suami berusaha bersungguh-sunguh untuk menyelesaikan masalah isteri. Suami berusaha untuk memastikan isteri gembira atau perkara-perkara kecil yang dilakukan suami.
Berikut adalah 7 perkara atau rahsia yang tidak diberitahu suami kepada isteri. Kepada para isteri gunakan rahsia ini untuk faedah dan manfaat diri anda. Jangan manipulasi suami menggunakan kaedah ini. (Kami tidak bertanggungjawab )
kredit : http://alhafiz.net
Read More »
Khamis, 25 April 2013
Sanah Helwah UMI
Selamat Hari Lahir Umi,
Tanggal 25 April sentiasa diingati ,
walaupun buat2 lupaa, kek secret recipe juga dibeli.(.^_^)
Ya Allah..
Ampunilah bagi ku segala dosa ku dan dosa kedua ibu bapa ku, kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani aku semasa kecil..
.
Semoga Allah sentiasa memberkati hidup Umi di dunia dan akhirat.
Semoga Umi di kurniakan kehidupan yang baik dan bahagia berpanjangan.
semoga di kurniakan rezeki yang melimpah ruah.
semoga dikurniakan kesihatan yang baik serta panjang Umur
Aminn
"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah S.W.T.) daripadanya." – [Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami]
Read More »
Rabu, 13 Februari 2013
7 Bacaan Pembuka Pintu Rezeki
(1). Memperbanyak Membaca “La hawla Wala Quwwata Illa billah “ Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan “La hawla Wala Quwwata Illa billah"
( HR. At Tabrani )
(2). Membaca ” La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin” Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur
(HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).
(3). BerIstighfar “Barangsiapa beristighfar niscaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezki dari arah yang tidak diduga-duga”
( HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah )
(4). Membaca Surat Al-Ikhlas “Barangsiapa mmbaca Surat Al Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya
( HR. AtTabrani )
(5). Membaca Surat Al-Waqiah “Barangsiapa mmbaca surat AlWaqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup
“(HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab AlIman)
(6). Memperbanyak Shalawat Atas Nabi “Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan , bila telah berlalu sepertiga malam, Rasulullah Salallahu’alaih iwassalam berdiri seraya bersabda : “Wahai
Manusia Berdzikirlah Mengingat Allah, berdzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan
(sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang kematian dan segala kesulitan didalamnya”
(7). Membaca "Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim" dari setiap kalimat itu seorang malaikat yg bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu”
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
Sumber : -Ihya Ulumiddin – Imam AL GHAZALI
Read More »
Rabu, 23 Januari 2013
Ya Rasulullah, Kami rindu padamu
Ya Rasulullah
~~~~
Alangkah indahnya hidup ini,
Andai dapatku tatap wajahmu,
Kan pasti mengalir airmataku,
Kerna pancaran ketenanganmu,
Alangkah indahnya hidup ini,
Andai dapat kukucup tanganmu,
Moga mengalir keberkatan dalam diriku,
Untuk mengikut jejak langkahmu,
Ya Rasulullah ya Habiballah,
Tak pernah kutatap wajahmu,
Ya Rasulullah ya Habiballah,
Kami rindu padamu,
Allohumma 'solli 'alaa Muhammad,
Ya Robbi 'solli 'alaihi wasallim,
Alangkah indahnya hidup ini,
andai dapat kudakap dirimu,
Tiada kata yang dapat aku ucapkan,
Hanya Tuhan saja yang tahu,
Ya Rasulullah ya Habiballah,
Tak pernah kutatap wajahmu,
Ya Rasulullah ya Habiballah,
Kami rindu padamu,
Ku tahu cintamu kepada umat,
Ummati.. ummati..
Ku tahu bimbangnya kau tentang kami,
Syafaatkan kami,
Alangkah indahnya hidup ini,
andai dapatku tatap wajahmu,
Kan pasti mengalir airmataku,
Kerna pancaran ketenanganmu,
Ya Rasulullah ya Habiballah,
Tak pernah kutatap wajahmu,
Ya Rasulullah ya Habiballah,
Kami rindu padamu,
Ya Rasulullah ya Habiballah,
Terimalah kami sebagai umatmu,
Ya Rasulullah ya Habiballah,
Kurniakan syafaatmu,
Allohumma 'solli 'alaa Muhammad,
Ya Robbi 'solli 'alaihi wasallim ..
Read More »
Khamis, 3 Januari 2013
Selamat Hari Lahir Abi
umi & Abi Tercinta
Selamat Hari Lahir Abi, mungkin ucapan ringkas dari seorang anak itu sudah cukup untuk menceriakan hari seorang bapa..:)hee
Cuma ada tika dan saatnya, kata-kata itu terasa berat untuk disampaikan secara berdepan . Lidah terasa kelu. Bukan sebab tidak sayang namun mungkin kerana tidak biasa untuk meluahkan atau wujud rasa segan pada insan yang bergelar bapa..
Kasihmu tiada tandingan, ketegasanmu mencorak kehidupan kami, menjadikan kami insan yang berguna, pengorbananmu tak terbalas, penat lelahmu tak terbayar, terima kasih Abi, atas segala-galanya -ADIK..hee
Akhir kata
Selamat Hari Lahir Abi.
Semoga Allah sentiasa memberkati hidup abi di dunia dan akhirat.
Semoga Abi di kurniakan kehidupan yang baik dan bahagia berpanjangan.
semoga di kurniakan rezeki yang melimpah ruah.
semoga dikurniakan kesihatan yang baik serta panjang Umur
AMIN
Hidup Ini Hanya Sementara
Peluang yang ada digunakan sebaiknya
We Love U Abi Selama-Lamanya
Ikhlas dari semua anakandamu..^_^
Read More »
Ahad, 30 Disember 2012
Sunnah Selepas Akad
Adat mencium dahi isteri selepas akad boleh ditukarkan dengan laksanakan sunnah Rasulullah s.a.w. ini iaitu meletakkan tangan di atas ubun isteri sambil membacakan doa ini yang maksudnya :
“Ya Allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau ciptakan padanya dan aku berlindung padaMu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau ciptakan padanya”. [Abu Daud, Ibn Majah- Hadis sahih-]
Wallahualam..kongsikan dengan semua...♥
Read More »
Pedoman Hidup Islam (1)
Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya Allah s.w.t memiliki malaikat-malaikat yang berkelana di jalan-jalan mencari ahli zikir. Jika mereka telah mendapatkan sekelompok orang yang berzikir kepada Allah, mereka duduk bersama dengan orang-orang yang berzikir.
Mereka saling mengajak: Kemarilah kepada hajat kamu.
Maka para malaikat mengelilingi orang-orang yang berzikir dengan sayap mereka sehingga langit dunia.
Kemudian Allah Azza wa Jalla bertanya kepada mereka, sedangkan Dia lebih mengetahui daripada mereka: Apa yang diucapkan oleh hamba-hambaKu?
Para malaikat menjawab: Mereka mensucikanMu (mengucapkan tasbih: Subhanallah), mereka membesarkanMu (mengucapkan takbir: Allahu Akbar), mereka memujiMu (mengucapkan Alhamdulillah), mereka mengagungkanMu.
Allah bertanya: Apakah mereka melihatKu?
Mereka menjawab: Tidak, demi Allah, mereka tidak melihatMu.
Allah berkata: Bagaimana seandainya mereka melihatKu?
Mereka menjawab: Seandainya mereka melihatMu, tentulah ibadah mereka menjadi lebih kuat kepadaMu, lebih mengagungkan kepadaMu, lebih mensucikan kepadaMu.
Allah berkata: Lalu, apakah yang mereka minta kepadaKu?
Mereka menjawab: Mereka minta syurga kepadaMu. Allah bertanya: Apakah mereka melihatnya?
Mereka menjawab: Tidak, demi Alah, Wahai Rabb, mereka tidak melihatnya.
Allah berkata: Bagaimana seandainya mereka melihatnya?
Mereka menjawab: Seandainya mereka melihatnya, tentulah mereka menjadi lebih semangat dan lebih banyak meminta serta lebih besar keinginan. Allah berkata: Lalu, dari apakah mereka minta perlindungan kepadaKu?
Mereka menjawab: Mereka minta perlindungan dari neraka kepadaMu.
Allah bertanya: Apakah mereka melihatnya?
Mereka menjawab: Tidak, demi Allah, wahai Rabb. Mereka tidak melihatnya.
Allah berkata: Bagaimana seandainya mereka melihatnya?
Mereka menjawab: Seandainya mereka melihatnya, tentulah mereka menjadi lebih menjauhi dan lebih besar rasa takut (terhadap neraka).
Allah berkata: Aku mempersaksikan kamu, bahawa Aku telah mengampuni mereka.
Seorang malaikat di antara para malaikat berkata: Di antara mereka ada Si Fulan. Dia tidak termasuk mereka (yakni tidak ikut berzikir). Sesungguhnya dia datang hanyalah kerana satu keperluan.
Allah berkata: Mereka adalah orang-orang yang duduk. Teman duduk mereka tidak akan celaka (dengan sebab mereka).
(H.R. Bukhari dan Muslim)
Read More »
Rabu, 14 November 2012
Doa Awal & Akhir Tahun
Petang sebelum berakhirnya waktu Asar menandakan tahun Hijrah 1432 akan pergi meninggalkan kita. Kemudian menjelang sahaja selepas Maghrib tahun baru Hijrah 1433 akan muncul. Sudah pasti ada di kalangan kita yang akan membaca 'doa awal tahun' dan 'doa akhir tahun'. Lafaz doanya ‘disunatkan’ dibaca sebanyak tiga kali, dan dikatakan fadhilat doa ini ialah apabila dibaca, maka syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku, dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua”. Disebut juga, dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.
Begitu besar sekali fadhilat bacaan "Doa Akhir Tahun" dan "Doa Awal Tahun",sehinggakan tidak hairanlah sekiranya ramai dalam kalangan kita, masyarakat pada hari ini begitu mempercayainya. Saya teringat, pernah suatu masa dahulu ditanya mengenai permasalahan ini. Bolehkah kita membaca doa-doa ini,sedangkan nabi tidak pernah buat. Betul ke fadhilat yang diceritakan? Dari mana datangnya doa-doa ini? Justeru adakah ini termasuk dalam bid'ah ataupun dibolehkan untuk kita mengamalkannya?
Saya tersenyum sahaja apabila mendengar persoalan-persoalan ini. Saya berkata, tidak salah sekiranya kita hendak mengakhiri dan memulakan sesuatu tahun baru dengan doa. Cumanya persoalannya ianya dilarang, jikalau kita mengkhususkan sesuatu ibadah yang tidak sepatutnya,lebih-lebih lagi disertakan pula sekali dengan fadhilat yang kadang-kadang tidak diketahui datang daripada mana, bukan daripada nas-nas al-Quran dan as-Sunnah. Inilah yang dikhuatiri,masyarakat lebih mengutamakan perkara-perkara ini daripada perkara-perkara yang memang disebut fadhilatnya di dalam nas-nas yang sahih. Adapun sekiranya kita hendak membaca doa,ataupun hendak membuat azam baru itu adalah perkara yang sangat baik islam, dalam kita hendak mengtransformasikan diri ke arah lebih baik dan doa yang hendak dibaca adalah bebas, terpulang doa apa pun. Sesungguhnya tiada doa khusus dalam Islam untuk akhir tahun dan awal tahun.
Dr Asri ketika mana beliau ditanya mengenai "Adakah doa-doa khas awal tahun yang dibaca, atau majlis-majlis bacaan khusus sempena awal tahun itu berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w?".
Beliau menjawab : Tidak pernah Rasulullah s.a.w. mengajar lafaz khusus doa bagi awal tahun baru hijrah atau akhir tahun. Apa tidaknya, penentuan tahun hijrah itu sebagai perkiraan kalender kita ditetapkan oleh Amirul Mukminin ‘Umar Ibn al-Khattab bagi memudahkan urusan pentadbiran kaum muslimin.
Namun secara umum seseorang boleh berdoa dengan apa-apa lafaz dan untuk apa-apa hajat sekalipun. Selagi mana tidak menyanggahi syarak, termasuklah hajat agar tahun yang dimasuki tersebut dilimpahkan kebaikan.
Adapun majlis-majlis khusus untuk doa atau zikir khas bagi tahun baru tidak pernah diajar Nabi s.a.w juga para sahabah baginda. Bahkan Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab yang memulakan perkiraan tahun Islam dengan dengan tahun berlakunya hijrah Nabi s.a.w. itu pun tidak pernah mengadakan majlis ibadah khusus yang seperti itu.
Tidaklah kita ini lebih tahu mengenai hal ehwal ibadah melebihi Nabi s.a.w. Sebaik-baik petunjuk itu adalah petunjuk Rasulullah s.a.w.
Beliau pun pernah juga ditanya mengenai "Apakah kita langsung kita tidak boleh mengadakan sebarang majlis pada awal tahun hijrah?"
Beliau menjawab : Sambutan Hijrah ini tidak boleh buat atas asas ianya amalan khas agama ini. Ini kerana kepercayaan sedemikian boleh membawa kepada mengada-adakan perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi s.a.w. dalam soal ibadah atau menokok tambah agama sedangkan baginda bersabda: “Sesiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan agama ini maka dia tertolak” (Riwayat Muslim).
Namun majlis mengingatkan rakyat tentang tahun baru ini -pada pandangan saya- boleh diadakan atas adat negeri atau bangsa dengan tujuan mengingatkan rakyat tentang tarikh baru sesuatu tahun dengan itu lalu membolehkan mereka merancang aktiviti dan menimbulkan semangat kesepakatan serta kesungguhan.
Perhimpunan menggerakkan semangat pencapaian dan kerja adalah urusan kehidupan yang diboleh syarak selagi tiada dalil tentang keharamannya. Ia bukan ibadah khusus.
Di samping itu, seperti mana apabila kita melintasi sesuatu tempat atau negeri kita menyebut tentang sejarahnya, demikian apabila kita melintasi sesuatu tarikh kita menyebut tentang sejarahnya. Sebagai satu pengajaran dan proses pembelajaran. Ia dibolehkan.
Namun ibadah yang khusus sempena tarikh berkenaan tidak boleh dilakukan melainkan terdapat dalil yang sabit daripada baginda Nabi s.a.w.
Sumber : (www.drmaza.com)
Setiap Doa Diulang 3X
Read More »
Khamis, 2 Ogos 2012
Antara Amalan-Amalan Terbaik Di Hari Jumaat
Setiap insan bernama Islam, sama ada lelaki ataupun perempuan, perlu berusaha meningkatkan diri dengan pelbagai amal ibadat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Ini kerana masing-masing mahukan diri mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang taat dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan berserah diri kepada-Nya.
Justeru, mengetahui kaedah terbaik bagi tujuan di atas, adalah sesuatu yang amat digalakkan, agar setiap muslim/muslimah mencapai status hamba Allah yang diterima di sisi-Nya, antara kaedah berkenaan yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut :
- Melakukan solat lima waktu dengan baik (sama ada dari sudut pada awal waktu pelaksanaannya, kaifiat serta tata-cara bagi menjamin penerimaannya).
- Mengetahui sedalam-dalamnya bahawa meninggalkan solat dengan sengaja boleh membawa kepada kekufuran, kerana ia adalah tiang agama dan perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.
- Melaksanakan seluruh hukum-hukum syariat Islam, bagi kaum muslimah, memakai hijab, kerana ia adalah arahan Allah dalam al-Quran, membaca al-Quran dengan memahami isi kandungannya.
- Mengkaji secara mendalam serta mentelaah sirah Nabi Muhammad s.a.w, sirah para sahabat Nabi, bagi muslimah, perlu memilih serta bercampur wanita-wanita solehah bagi menjamin pegangan dan akidah mereka.
- Sentiasa melakukan muhasabah diri, khususnya memerhatikan persiapan buat hari esok di akhirat dengan amalan, sumbangan kepada agama, perkara-perkara kebajikan buat umat Islam, menjauhi perkara yang menjadi kemurkaan Allah dan sebagainya.
- Perbanyakkan program kebaikan yang membawa ketaatan kepada Allah dan banyak berdoa kepada Allah agar diri diberi petunjuk ke jalan kebenaran dengan tetap dan cekal terhadapnya.
Apakah amalan terbaik untuk dilakukan pada hari Jumaat?
Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur misai, memotong kuku dan menggosok gigi.
Sesudah itu bersegeralah ke masjid. Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah.”
Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.
Pernahkah kita terfikir bagaimana baginda Rasulullah s.a.w dalam solat fardu Subuh menggabungkan pembacaan surah as-Sajadah (32) pada rakaat pertama dan surah al-Insan (76) pada rakaat kedua.
Ini kerana kedua-dua surah tersebut mengandungi bahan motivasi dari sudut misi kemanusiaan, daripada isu berkenaan penciptaan awal manusia yang dicipta daripada air mani yang busuk hinggalah perhimpunan manusia pada hari qiamat di padang Mahsyar, iaitu satu masa di mana mereka sedang menunggu giliran untuk diperhitungkan amalan-amalan mereka.
Ia tidak terhenti setakat itu sahaja, malah ia mengajar manusia untuk mendapatkan kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat, ia Allah SWT aan menganjari mereka yang melakukan perkara terbaik dalam hidup mereka dan membalas dengan azab bagi mereka yang melakukan perkara yang bercanggah dengan perintah dan arahan-Nya.
Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan
Muslim digalakkan setibanya di masjid untuk melaksanakan sembahyang tahiyatul masjid. Dalam sebuah hadis dinayatakan:
“Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga.”
Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin.
Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.
Hendaklah sedapat mungkin memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata (bagi mereka yang datang awal), jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.
Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma’uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 – 2. m.s 82).
Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.
Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat (jika bercuti pada hari itu), justeru, hari Jumaat adalah digalakkan kita agar tidak bekerja supaya dapat melakukan sunnah-sunnah Rasulullah .s.aw yang tidak ada janji-janji yang lebih manis pada hari-hari yang lain.
Inilah kejayaan musuh Islam yang mengalihkan pandangan umat dari banyak beribadat pada hari Jumaat digantikan pada hari lain, sedangkan hari kebesaran mereka pada hari Ahad dapat disempurnakan dengan pergi ke gereja dengan selesa dan sempurna, kerana pada hari itu mereka bercuti dan berehat bersama keluarga.
Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah agar boleh mati pada jalan yang diredai-Nya. Amin.
Sumber: http://abusyahirah.blogspot.com/
Read More »
Langgan:
Catatan (Atom)