Khamis, 2 Ogos 2012

Pinangan Lelaki Teragung Ditolak



Ummu Hani': Menolak Lelaki Teragung Kerana Cemburu dan Prihatin Urusan Anak
Ummu Hani' adalah wanita Quraisy yang bijak memberi ­pendapat dan berakhlak mulia.
Pada zaman jahiliyah, Rasulul­lah pernah meminangnya, tapi ayahnya telah menjanjikannya untuk Hubarah bin Abi Wahbin.
Pada awal perkembangan Islam, Ummu Hani' turut masuk Islam bersama kaum wanita yang lain.
Rasulullah memisahkan Ummu Hani' dengan suaminya yang masih kafir, sesuai dengan hukum Islam yang berlaku mes­kipun ia sudah dikurniai empat orang anak.
Setelah Ummu Hani' disahkan menjadi janda dengan empat orang anak, Rasulullah lalu meminangnya untuk kali yang kedua.
Ummu Hani' menjawab atas pinangan itu, "Ya Rasulallah, sungguh dirimu lebih saya cintai daripada pendengaran dan penglihatan saya. Namun, saya seorang wanita yang sangat kuat cemburu.
Ya Rasulullah, saya tahu bahawa hak suami sangatlah besar dan harus dijun­jung tinggi. Saya khuatir jika mengurusi seorang suami, lalu saya terpaksa mengabaikan sebahagian hak anak-anak saya.
Jika saya mengurusi anak-anak, saya khuatir akan mengabaikan hak suami."
Rasulullah menghormati pandangannya. Kemudian Rasulullah memberikan pandangan, "Sesungguhnya sebaik-baik wanita yang naik unta adalah wanita Quraisy. Mereka paling sayang kepada anak-anaknya di waktu kecil, dan paling memperhatikan urusan suami."






Read More »

Wanita Pertama Masuk ke Syurga




Pada suatu hari Fatimah bertanya Rasulullah, siapakah perempuan pertama yang bakal masuk syurga. Baginda menjawab, seorang wanita yang bernama Muti’ah. Fatimah terkejut, ternyata bukan dia seperti yang dibayangkannya. Mengapa orang lain, pada hal dia adalah puteri Nabi ?
Timbul keinginannya untuk mengetahui siapakah Mutiah itu. Apakah gerangan yang dilakukannya sampai mendapat penghormatan begitu tinggi ? Sesudah meminta izin daripada suaminya, Ali bin Abu Talib , Fatimah berangkat mencari rumah Mutiah. Puteranya yang masih kecil Hasan menangis ingin ikut lalu didukungnya Hasan ke rumah Mutiah.
Fatimah mengetuk pintu rumah Mutiah dan memberi salam. Wa’alaikumussalam! Siapa di luar? Terdengar jawapan lemah lembut dari dalam. Suara cerah dan merdu.
“Saya Fatimah, puteri Rasulullah”
“Alhamdulillah, alangkah bahagianya saya hari ini, Fatimah sudi berkunjung ke gubuk saya” terdengar kembali jawapan dari dalam. Kali ini nyata lebih gembira lagi makin dekat dengan pintu.
“Sendirian Fatimah?” Tanya Muti’ah
“Aku ditemani Hasan” Kata Fatimah
“Aduh, maaf ya” suara Muti’ah terdengar menyesal.
” Saya belum mendapat izin suami untuk menemui tamu lelaki” jawab Muti’ah
” Tapi Hasan masih kecil” jelas Fatimah
” Meskipun kecil, Hasan lelaki. Esok saja datang lagi, saya minta izin kepada suami,” sahut Mutiah tidak kurang kecewanya.
Esoknya Fatimah datang dengan membawa Husain sekali. Selepas memberi salam dan dijawap gembira, Mutiah berkata dari dalam.
“Datang dengan Hasan Fatimah? Suami saya sudah memberi izin”
“Ya dengan Hasan dan Husain ”
“Ha? Mengapa tidak beritahu dari kelmarin?”
“Yang dapat izin cuma Hasan. Husain belum. Saya terpaksa meminta izin dari suami” jawab Muti’ah.
Hanya esok harinya baru mereka disambut baik oleh Mutiah di rumahnya. Keadaan rumah itu sangat sederhana. Tidak ada satu pun perabot mewah. Namun semuanya teratur rapi membuat tetamu senang berada di rumah itu. Fatimah kagum melihat suasana yang menyenangkan itu. Sehingga Hasan dan Husain yang biasa di rumah orang, kali ini nampak asyik bermain.
“Maaf ya, saya tidak boleh menemani Fatimah duduk. Sebab saya sedang menyiapkan makanan untuk suami saya” kata Muti’ah sambil sibuk di dapur.
Hampir waktu tengahari, masakan itu sudah siap semuanya lalu diletakkan diatas talam. Mutiah mengambil rotan dan diletakkan di sebelah hidangan.
Fatimah bertanya kepada Mutiah “suamimu kerja di mana?”
“Di ladang” Jawab Muti’ah
“Sebagai pengembala?” soal Fatimah.
“Bukan. Bercucuk tanam” Jawab Muti’ah lagi.
“Tapi mengapa kau bawakan rotan juga?” tanya Fatimah.
“Rotan itu saya sediakan untuk keperluan lain. Kalau suami saya sedang makan , saya tanyakan apakah masakan saya sedap atau sebaliknya. Kalau suami saya jawab, “sedap”, takkan terjadi apa-apa.Jika tidak sedap, rotan itu saya berikan kepadanya agar dirotan punggung saya sebab ia tidak menyenangkan suami”.
“Atas kehendak suamimukah kau bawa rotan itu” tanya Fatimah.
“Oh, sama sekali tidak. Suami saya seorang yang penyayang. Ini semata-mata kehendak saya agar jangan sampai menjadi isteri derhaka kepada suami.”
Fatimah lantas meminta izin pulang. Dalam hati berkata, patut kalau Mutiah menjadi perempuan pertama masuk syurga, lantaran baktinya kepada suami begitu besar dan tulus.
Diberitakan dalam berjuta-juta wanita di dunia ini, Muti’ah yang paling awal akan masuk ke dalam syurga. Apakah keistimewaan beliau mengatasi wanita lain?
Hanya Allah yang mengetahuinya. Tapi daripada sejarah cerita yang di khabarkan, saya membuat andaian, Muti’ah sangat sangat menghormati suaminya. Sangat sangat taat kepada suaminya. Layanan beliau kepada suaminya mungkin yang terbaik mengatasi wanita lain.
Wallahu a’lam

Sumber: http://lenggangkangkung-my.blogspot.com

Read More »

Sabtu, 28 Julai 2012

Persoalan Tentang Perkahwinan


Percayakah kalau dikatakan perkahwinan itu adalah sesuatu yang indah?
Secara lisan mungkin kita akan berkata “percaya”, tetapi sememangnya perkahwinan itu sukar dirasai tanpa menjalaninya. Jadi, boleh dikatakan sebenarnya anda belum betul – betul yakin akan pernyataan diatas.
Antara persoalan tentang perkahwinan adalah :
  • Belum habis pengajian
  • Secara kewangan masih belum mampu.
  • Anda sedang menjalani suatu program yang mensyaratkan tidak boleh berkahwin dalam jangka masa waktu tertentu.
  • Belum bertemu orang yang sesuai atau belum mendapat jodoh.
  • Masih ingin  menikmati masa muda.
  • Belum mendapat restu dari orang tua (mungkin ibubapa merasa tidak sesuai dengan calon pasangan anda).
  • Takut kepada lawan jenis.
  • Belum berani bertanggungjawab.
dan  sebagainya…
.
Kerana perkahwinan, kita akan kehilangan :
  • Waktu untuk berkumpul dengan rakan – rakan
  • Waktu untuk menjalankan hobi. Malah  anda hampir akan kehilangan hobi lama
  • Hak peribadi, misalnya merokok, bergosip, dan sebagainya – yang kebanyakan sebenarnya adalah hawa nafsu
.
Semua alasan di atas adalah alasan yang sebenarnya timbul dari dalam hati kita.
Hati adalah sesuatu yang sangat mengikut pengaruh, baik dari dalam diri kita sendiri mahupun dari luar. Apabila dapat mempengaruhi hati dengan agama, dengan berzikir kepadaNya, menyebut namaNya, itu jauh lebih baik. Yakinlah dengan seyakin-yakinnya, ridha Allah SWT jauh lebih baik daripada dunia seisinya.
Kita belum menamatkan pengajian di universiti, belum menjadi seorang graduan. Seringkali perkara ini dihubungkan dengan tradisi orang-orang tua kita, jika mahu berkahwin harus “menjadi orang” dahulu, iaitu Belajar –» kerja –» Kahwin.
Malah ada juga yang menetapkan ketentuan seperti mempunyai harta yang cukup ( 3 biji kereta Mercedes.. hehe) dan perkara seumpama ini telah menjadi wajib dalam masyarakat kita
Padahal sebenarnya belajar itu merupakan satu proses seumur hidup, bermula dari dalam rahim sehngga kita mati. Tiada salahnya berkahwin ketika masih di universiti. Kesannya mungkin hanya masalah pembahagian waktu. Aturlah waktu agar dapat bekerja separuh waktu. Waktu menghadiri kuliah atau membuat assignment, fokuskan tenaga dan fikiran kita. Begitu juga ketika bekerja separuh waktu.
Kuncinya, mengatur masa dan mengatur fokus
.
Bagaimana apabila kita merasakan secara kewangan masih belum mampu?
QS 24. An Nur ayat 32 : Dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.
Ayat ini adalah motivasi utama untuk yang belum berkahwin mahupun yang sudah berkahwin. Kita akan menjadi super yakin apabila kita sudah berkahwin dan menjalaninya. Tetapi kita harus  sabar dan tawakkal kepada Allah serta tetap berusaha. Walaupun disaat kita benar-benar kehabisan wang. Jangan menjalankan maksiat dan pekerjaan yang haram hanya kerana tiada wang.
Apabila kita sedang mengikuti suatu program yang mensyaratkan tidak boleh berkahwin dalam jangka waktu yang tertentu, tetaplah mengikuti program tersebut dan jagalah keinginan kita untuk berkahwin. Untuk lebih yakin lagi, jelaskan kepada ibubapa  dan calon mertua. Berjanjilah untuk segera berkahwin setelah jangka waktu tersebut dilepasi dan sekaligus minta restu mereka.
.
Belum bertemu yang sesuai ?
Itu bergantung kepada kriteria anda. Tidak perlu berlebihan dalam hal ini. Yang paling asas adalah pasangan yang kita inginkan tidak perlu seperti kita. Dan lihatlah diri kita sendiri. Kalau kita “begini” kemungkinan kita akan mendapatkan pasangan yang “begini” pula. Jika kita seorang yang selekeh,  jangan mengharapkan pasangan yang kcak atau cantik.
Kalau kita cuma berlulusan SPM, jangan terlalu berharap dapat yang lulusan Ijazah.Kuncinya, batasi kriteria kita hanya dengan  apa yang ada di Al Qur’an dan sunnah Nabi. Semakin cerewet kita, semakin sukar kita akan bertemu pasangan yang sesuai. Dan selalulah meminta petunjukNya.
Jodoh itu termasuk ketentuan Allah yang kita sendiri tidak tahu, tetapi Insya Allah kita pasti akan mendapatkannya.
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (QS 30. Ar Ruum ayat 21).
Ibu Bapa yang tidak bersetuju
Sebaiknya kita lihat dulu, apa masalahnya. Mungkin ibubapa kurang berkenan, contohnya kerana berambut botak, berkelakuan buruk, mempunyai pekerjaan haram atau suka membuat perkara maksiat. Untuk kes ini, ajaklah pasangan kita untuk memperbaiki diri terutama yang berhubung  dengan akhlak dan bersabarlah. Selalukan mempertemukan pasangan kita dengan ibubapa. Ada pepatah “tak kenal maka tak cinta”. Biasanya ini hanya masalah waktu. Berprasangka baiklah kepada Allah dan ibubapa.
Tetapi apabila ibu bapa tidak setuju kerana alasan yang “pelik – pelik”, misalnya kerana harta atau keturunan, Jelas secara perlahan – lahan dengan bahasa yang sopan kepada ibubapa bahawa perkara itu tidak penting. Apabila ibubapa masih berkeras juga dan kita sudah tetap dengan pilihan kita, mahu terus atau mahu mematuhi ibubapa?
Sebenarnya, dari satu sudut, restu orang tua (terutama ibu) itu penting, tetapi kewajipan kita untuk taat kepada ibubapa hanya apabila sesuatu perkara itu benar di mata Allah dan tetaplah berbuat baik kepada ibubapa.
Katakanlah: “Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu iaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan, Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka, dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya mahupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar.” Demikian itu yang diperintahkan kepadamu supaya kamu memahami(nya). (QS 6. Al An’aam 151)
 Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. (QS 17. Al Israa’ 23)
Kemudian, tentang hobi, kesenangan, dan sebagainya yang berhubungan dengan hawa nafsu. Percayalah, Allah akan menggantinya dengan yang lebih baik kerana dengan menikah bererti kita mematuhi perintah Allah dan sunnah Nabi. Allah akan senang kepada hamba-Nya yang mahu mematuhi perintah dan menjauhi larangan-Nya.
.
Kita akan merasakan indahnya perkahwinan kerana :
  • Kita boleh mengajak pasangan kita ke arah kebaikan, menjadi pendakwah kepada pasangan dan anak, dan kita akan mengetahui lebih banyak lagi tentang agama sekaligus mempraktikkannya bersama keluarga kita. Kalau berdakwah kepada orang lain mungkin kita akan malu-malu, tetapi  itu tidak berlaku apabila kita berdakwah kepada pasangan dan anak kita
  • Allah akan selalu menolong kita dan perkahwinan akan membuat kita lebih menyedari bahawa Allah selalu memperhatikan kita. Doa kita akan lebih cepat dikabulkan.
  • Sesuatu yang diharamkan menjadi halal kerana perkahwinan.
  • Nafsu duniawi kita lebih terkawal
  • Saat anak kita lahir, si ayah akan mempunyai kesempatan untuk azan di telinganya.
.
Keindahan-keindahan di atas sudah melebihi segala keindahan sebelum perkahwinan.  Kalau Anda masih takut juga untuk berkahwin, yakinkan bahawa perkahwinan adalah salah satu  hijrah (merubah diri untuk menjadi lebih baik).
Allah Ya Rahman..
Allah Ya Rahim..


Sumber : http://akuislam.com


Read More »

Khamis, 19 Julai 2012

AMALAN KESUKAAN NABI MUHAMMAD S.A.W DI BULAN RAMADHAN



AMALAN yang menghidupkan Ramadan ialah memperbanyakkan sedekah kerana sikap bermurah hati pada Ramadan adalah dituntut. Ibn Abbas melaporkan: “Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)
Membaca al-Quran
Disunatkan memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan kerana ia bulan al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “… bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Malaikat Jibril sentiasa bertadarus al-Quran dengan Nabi SAW setiap hari sepanjang Ramadan. Para salaf mendahulukan bacaan al-Quran daripada ibadah lain. Sebahagian salaf khatam al-Quran dalam masa tiga hari, sebahagiannya tujuh hari dan 10 hari pada Ramadan.
Saidina Uthman bin Affan khatam al-Quran setiap hari pada Ramadan. Imam Zuhri berkata apabila tiba Ramadan, “Sesungguhnya Ramadan itu bulan membaca al-Quran dan menyediakan makanan untuk orang berpuasa.”
Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.” (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi)
Qiamullail
Disunatkan berjaga malam secara berjemaah pada bulan Ramadan iaitu solat terawih dan waktunya di antara solat Isyak hinggalah terbitnya fajar. Nabi sangat gemar mendirikan malam pada bulan Ramadan.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.”
(Hadis riwayat Bukhari)
Solat tarawih
Solat tarawih adalah solat khusus yang hanya dilakukan pada Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid. Di sesetengah tempat, sebelum solat tarawih, diadakan ceramah singkat bagi menasihati jemaah.
Mengerjakan umrah
Perkara disunatkan pada Ramadan adalah mengerjakan umrah berdasarkan sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Umrah pada Ramadan (pahalanya) sama dengan (pahala) mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku.” (Hadis riwayat Bukhari)
Zakat fitrah
Zakat fitrah dikeluarkan khusus pada Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya solat sunat hari raya. Setiap Individu Muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat fitrah. Nilai zakat fitrah adalah satu gantang makanan ruji atau setara dengan 2.7 kilogram beras. Di Malaysia, nilai zakat fitrah ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri.

Read More »

Sabtu, 2 Jun 2012

Waktu-Waktu Doa Mustajab


Allah memberikan setiap waktu dengan keutamaan dan kemuliaan yang berbeza-beza, di antaranya ada waktu-waktu tertentu yang sangat baik untuk berdoa, akan tetapi kebanyakan orang mensia-siakan kesempatan yang baik tersebut. Mereka menyangka bahawa seluruh waktu memiliki nilai yang sama dan tidak berbeza. Setiap muslim seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama dan mulia untuk berdoa agar mendapatkan kejayaan, keuntungan, kemenangan dan keselamatan. Adapun waktu-waktu mustajaba tersebut antara lain ialah
(1). Sepertiga Akhir Malam
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda.
“Ertinya : Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya” . - (Shahih Al-Bukhari, kitab Da’awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150)
(2). Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa
Dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash Radhiyallahu ‘anhu bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”. – (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da’watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17)
(3). Setiap Selepas Shalat Fardhu
Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala, baginda Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab.
“Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu”. - 
(Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).
(4). Ketika Saat Perang Berkecamuk
Dari Sahl bin Sa’ad Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasalam bersabda:
“Ertinya : Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak ; doa ketika saat adzan dan doa ketika perang berkecamuk”. – (Sunan Abu Daud, kitab Jihad 3/21 No. 2540. Sunan Baihaqi, bab Shalat Istisqa’ 3/360. Hakim dalam Mustadrak 1/189. Dishahihkan Imam Nawawi dalam Al-Adzkaar hal. 341. Dan Al-Albani dalam Ta’liq Alal Misykat 1/212 No. 672).
(5). Sesaat ketika Hari Jum’at
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawa Abul Qasim Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Ertinya : Sesungguhnya pada hari Jum’at ada satu saat yang tidaklah bertepatan
seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut”. – (Shahih Al-Bukhari, kitab Da’awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuah 3/5-6)
Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203.
Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai shalat Jum’at atau sehingga selesai waktu shalat ashar bagi orang yang menunggu shalat maghrib.
(6). Ketika Waktu Bangun Tidur Pada Malam Hari Bagi Orang Yang Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berdzikir Kepada Allah
Dari ‘Amr bin ‘Anbasah Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda.
“Ertinya :Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya” . (Sunan Ibnu Majah, bab Doa 2/352 No. 3924. Dishahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No. 595)
Terbangun tanpa sengaja pada malam hari. (An-Nihayah fi Gharibil Hadits 1/190)
Yang dimaksudkan dengan “ta’ara minal lail” terbangun dari tidur pada malam hari.
(7). Doa Di antara Adzan dan Iqamah
Dari Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasalam bersabda.
“Ertinya : Doa tidak akan ditolak di antara adzan dan iqamah”. – (Sunan Abu Daud, kitab Shalat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Shalat 1/410. Dishahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139)
(8). Doa Ketika Waktu Sujud di Dalam Shalat
Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Ertinya : Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan”. – (Shahih Muslim, kitab Shalat bab Nahi An Qiratul Qur’an fi Ruku’ wa Sujud 2/48)
Yang dimaksudkan adalah sangat tepat dan layak untuk dikabulkan doa kamu.
(9). Ketika Saat Sedang Hujan
Dari Sahl bin a’ad Radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda.
“Ertinya : Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”. (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami’ No. 3078).
Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).
(10). Ketika Saat Ajal Tiba
Dari Ummu Salamah bahawa Rasulullah ‘alaihi wasallam mendatangi rumah Abu Salamah (pada hari wafatnya), dan beliau mendapati kedua mata Abu Salamah terbuka lalu beliau ‘alaihi wasallam memejamkannya kemudian bersabda.
“Ertinya : Sesungguhnya tatkala ruh dicabut, maka pandangan mata akan
mengikutinya’ . Semua keluarga histeria. Baginda ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, kerana para malaikat mengamini apa yang kamu ucapkan”. – (Shahih Muslim, kitab Janaiz 3/38)
(11). Ketika Lailatul Qadar
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.
“Ertinya : Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar”. – (Al-Qadr : 3-5)
Imam As-Syaukani berkata bahawa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan. (Tuhfatud Dzakirin hal. 56)
(12). Doa Ketika Hari Arafah
Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Ertinya : Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”. – (Sunan At-Tirmidzi, bab
Jamiud Da’waat 13/83. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta’liq alal Misykat 2/797 No. 2598)
http://almanhaj.or.id/
Di edit dan diterjemah oleh Abu Usamah
SuMbEr : http://www.zaharuddin.net/ & http://myibrah.com


Read More »

Jumaat, 27 April 2012

TANDA-TANDA HATI YANG KOTOR




Gelisah walaupun tiada masalah.
 Selalu berbangga dengan diri sendiri.
Angkuh dengan memandang hina terhadap semua orang.
 Sombong dan bongkak.
 Selalu mengintai keabaian orang dan menyebarkannya.
Suka mengumpat dan membuka aib orang lain.
 Gembira melihat orang lain susah atau rendah daripada dirinya.
 Lidah yang tajam atau laser.
 Suka menyakiti hati orang dengan sindiran.
Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang.
Menyampaikan ilmu dengan riak.
 Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain.
Berpakaian elok untuk dipuji.


Derhaka kepada kedua ibubapa.
Talam dua muka ( manis di depan tapi jahat dibelakang.)
Suka menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yang ada.
Solat yang tidak boleh khusyuk.
Kagum terhadap diri.
Selalu mencari salah orang.
Cinta kepada duniawi.
Materialistik.
Mudah bersangka buruk terhadap orang.
Membesar-besarkan perkara yang kecil.
Suka mendengar gosip.
Suka menabur fitnah.
Menggunakan agama demi kepentingan peribadi.
Dengki kerana kepentingan duniawi.


p/s - Sama-samalah menjaga hati agar dijauhkan daripada sifat-sifat mazmumah tersebut. 




Read More »

Sabtu, 21 April 2012

TUJUH TANDA KEBAHAGIAN DUNIA


Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu :

1.Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur 


2.Al azwaaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh 


3.Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh 


4.Albiiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita 


5.Al maalul halal, atau harta yang halal 


6.Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama 


7.Umur yang barakah - ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah. 



Firman Allah swt. yang bermaksud:

“Ya Tuhan kami berilah kami kebaikan di dunia dan akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka.”
(Surah Al Baqarah: Ayat 201)




Read More »