Khamis, 6 Oktober 2011

DOA YANG TIDAK TERHIJAB



ALLAH memberikan hak istimewa kepada golongan tertentu.Doa mereka takkan terhijab malah mustajab.Sipakah mereka ini..?

1) Doa ibubapa kepada anak-anak.Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : "Tiga doa yang pasti dimakbulkan ALLAH, iaitu doa seorang bapa (dan ibu), doa orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalimi." (Riwayat Abu Daud )

2) Doa anak soleh yang mentaati kedua ibubapa. Rasulullah s.a.w bersabda tentan Uwais bin Amir : "Dia memiliki ibu yang sangat ditaatinya.Jika dia berdoa pasti ALLAH s.w.t akan memakbulkan ." (Riwayat Muslim)

3) Doa orang yang teraniaya atu mereka yang berada dalam kesusahan.ALLAH berfirman yang bermaksud :"Atau siapakah yang memperkenakan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadanya, danyang menghapuskan kesusahan ,serta menjadikan kamu pengganti (umat-ummat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi.? Adakah sebarang tuhan lain bersam-sam Allah.? Amat sedilkit antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu)." (surah al-naml 27:26)

Berkenan mustajab doa orang yang dizalimi pula, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :"Takutilah kamu orang-orang yang dizalimi kerana tiada sesuatu penghalang antara doanya dengan Alla s.w.t." (Riwayat al-bukhari)

4) Doa seorang sahabat yang mendoakan sahabat dalam keadaan sahabat itu tidak tahu bahawa dia didoakan .Ummu Darda'r.ha. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :" Tiada seorang muslim pun yang berdoa untuk saudaranya dari belakang, melainkan malaikat berkata kepadanya :"Dan bagi kammu seperti yang kamu pinta untuk saudaramu." (Riwayat Muslim)

5)Doa orang yang sedang bermusafir.

6) Doa orang yang berpuasa hingga berbuka .Raslullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Tiga golongan yang tidak ditolak doamereka iaitu doa seorang berpuasa hingga ia berbuka, doa pemimpin yanh adil dan doa orang yang dizalimi ." (Riwayat Al-tirmizi)

7) Doa pemimpin yang adil untuk orang dibawahnya.

SHARE THIS POST   

  • Facebook
  • Twitter
  • Myspace
  • Google Buzz
  • Reddit
  • Stumnleupon
  • Delicious
  • Digg
  • Technorati
Author: Hakimi
"SUJUD SYUKUR belog "adalah sebuah blog yang memaparkan tentang motivasi islamik, fakta dan info-info menarik serta tip-tip yang berkaitan dengan apa sahaja yang di perolehi daripada sumber-sumber telah dibaca dan di talaah oleh admin.

0 ulasan: