Sabtu, 26 November 2011

BOLEH BUAT MAKSIAT, DENGAN SYARAT..


Dalam kitab al-Tazkirah fi Ahwal al-mawta wa umar al-akhirah oleh imam al-qurtubi, diceritakan berkenaan seorang lelaki yang dalam perjalanan utk mencari hidayah telah bertemu dengan seorang sufi yang hebat, iaitu ibrahim Adham.

Beliau bertanya ,apakah ada ruang kepada beliau untuk melakukan maksiat.Lalu jawab oleh ibrahim Adham "kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat :

1) Jangan kamu makan rezeki Allah kerana tidak layak orang yang makan rezeki Allah derhaka kepada Allah.

2) Jangan kamu tinggal di bumi Allah kerana tidak layak orang yang tinggal di bumi Allah melakukan maksiat dan penderhakaan kepada-Nya.

3) Buatlah maksiat ditempat Allah tidak nampak akan kamu.

4) Sekiranya malaikat maut datang hendak mencabut nyawamu, maka katakanlah kepada malaikat untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya engkau sempat bertaubat. Sekiranya engkau dapat melakukan perkara tersebut , maka dipersilakan untuk melakukan maksiat.

5) Sekiranya malaikat zabaniah penjaga neraka datang hendak mengheretmu kedalam neraka, maka katakanlah kepadanya bahawa kamu tidak akan mengikutinya. Sekiranya engkau dapat berbuat demikian , maka dipersilakan untuk  melakukan maksiat.

Setelah mendengar kata-kata tersebut,lelaki itu menangis teresak-esak kerana dia sedar bahawa tidak layak bagi seorang hamba Allah untuk melakukan maksiat kepadaNya.

Akhirnya lelaki itu menemui jalan hidayahnya. Dia bertaubat kepada Allah s.w.t dengan bersungguh-sungguh.Sejak itu, dia bersegera menuntut ilmu dan beramal dengannyaserta menjadi hamba Allah yang soleh.


SHARE THIS POST   

  • Facebook
  • Twitter
  • Myspace
  • Google Buzz
  • Reddit
  • Stumnleupon
  • Delicious
  • Digg
  • Technorati
Author: Hakimi
"SUJUD SYUKUR belog "adalah sebuah blog yang memaparkan tentang motivasi islamik, fakta dan info-info menarik serta tip-tip yang berkaitan dengan apa sahaja yang di perolehi daripada sumber-sumber telah dibaca dan di talaah oleh admin.

0 ulasan: