Ahad, 2 Oktober 2011
4 GOLONGAN LELAKI YG DI TARIK WANITA KE NERAKA
1. PERTAMA:- AYAHNYA
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
2. KEDUA:- SUAMINYA
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.
3. KETIGA:- ABANG-ABANGNYA
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepada abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
4. KEEMPAT:- ANAK LELAKINYA
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami /abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silapfirman ALLAH S.W.T.:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda sertaanak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamusendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikanseseorang muslim dengan SYURGA... semua kaum muslim masuk syurga.....janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB..AMIN..
Author: Hakimi
"SUJUD SYUKUR belog "adalah sebuah blog yang memaparkan tentang motivasi islamik, fakta dan info-info menarik serta tip-tip yang berkaitan dengan apa sahaja yang di perolehi daripada sumber-sumber telah dibaca dan di talaah oleh admin.
Related Posts:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan: