Jumaat, 7 Oktober 2011

JENIS-JENIS UJIAN


ujian bencana alam di CHINA


Secara umumnya ada empat ujian yang diberikan ALLAh kepada kita:

1) Ujian mentaati perintah Allah : Solat, puasa, membyar zakat, mengerjakan haji, menutup aurat, berkata baik dan lain-lain. Setiap ibadah yang diperintahkan oleh Alllah mengandungi hikmah, manfaat dan kebaikan.Akan tetapi hikmat tersebut tidak banyak disebut, sebagai ujian bagi melihat ketaatan manusia melaksanakan perintah daripadanya.Dengan ini akan terbukti siapa yang benar2 mengikuti perintah Allah dan ajaran Rasulullah, dan siapa pula yang derhaka dan mengingkarinya.

2) Ujian menjauhi larangan Allah : Minum arak, mencuri, mengumpat, berbohong dn seumpamanya.Sebagaimana ibdah yang merupaka perintah Allah, laranganya juga mengandungi hikmat, manfaat dan kebaikan untuk manusia.Manusia diberikan pilihan, namun sesuatu yang disenagi oleh nafsu akan menjadi pilihan utama.Yang tiggal cuma keimanan di dalam jiwa yang membantasi manusia daripada melepasi batas sempadan dan hak yang ditentukan syariat.Justeru, inilah ujian yang mesti dihadapi agar manusia tidak ditunggangi nafsu yang menipu.

3) Ujian kebaikan (nikmat) : Contohnya nikmat kekyaan, anak-anak, isteri, kesihatan dan pelbagai nikmat hidup. Frman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman sesungguhnya antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yg menjadi musuh bagimu.Maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni mereka , maka sesungguhnya Allah MahaPpengampun lagi Maha Penyayang". (surah al-taghabun 64:14).

4) Ujian keburukan : Misalnya miskin, sakit, kematian dan sebagainya, sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah s.w.t menerusi firmannya yang bermaksud : "Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaab kpd kamu dgn sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan berilah berita gembira kpd orang yang sabar, (iaitu) orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Mereka itulah golongan yang mendapat keberkatanyang sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka, dan mereka itulah orang2 yang mendapat petunjuk." (surah al-baqarah 2:155-157)

SHARE THIS POST   

  • Facebook
  • Twitter
  • Myspace
  • Google Buzz
  • Reddit
  • Stumnleupon
  • Delicious
  • Digg
  • Technorati
Author: Hakimi
"SUJUD SYUKUR belog "adalah sebuah blog yang memaparkan tentang motivasi islamik, fakta dan info-info menarik serta tip-tip yang berkaitan dengan apa sahaja yang di perolehi daripada sumber-sumber telah dibaca dan di talaah oleh admin.

0 ulasan: