Rabu, 30 November 2011

‎10 PENYAKIT DALAM HATI


  1. Mereka percaya tentang kewujudan Allah tetapi mereka tidak memenuhi perintah-Nya.
  2. Mereka berkata mereka cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W tetapi mereka tidak mengikuti sunnah beliau.
  3. Mereka membaca al-Quran tetapi mereka tidak menjadikannya sebagai amalan.
  4. Mereka menikmati semua anugerah dari Allah tetapi mereka tidak bersyukur kepada-Nya.
  5. Mereka mengakui syaitan sebagai musuh mereka tetapi mereka tidak menjauhkan diri darinya.
  6. Mereka ingin masuk Syurga tetapi mereka tidak berusaha untuk mendapatkannya.
  7. Mereka tidak ingin dicampakkan ke dalam api Neraka tetapi mereka tidak cuba untuk lari daripadanya.
  8. Mereka percaya bahawa segala sesuatu yang hidup akan menhadapi kematian, tetapi mereka tidak bersedia untuknya.
  9. Mereka berbual dan mencari kesalahan orang lain tetapi mereka terlupa kesilapan dan tabiat buruk diri mereka sendiri.
  10. Mereka mengebumikan orang yang mati tetapi mereka tidak mengambil pengajaran daripadanya.


SHARE THIS POST   

  • Facebook
  • Twitter
  • Myspace
  • Google Buzz
  • Reddit
  • Stumnleupon
  • Delicious
  • Digg
  • Technorati
Author: Hakimi
"SUJUD SYUKUR belog "adalah sebuah blog yang memaparkan tentang motivasi islamik, fakta dan info-info menarik serta tip-tip yang berkaitan dengan apa sahaja yang di perolehi daripada sumber-sumber telah dibaca dan di talaah oleh admin.

0 ulasan: