Rabu, 14 Disember 2011

CONTOHI SIKAP NABI MENGHADAPI KEGAGALAN

Jika kita berasa diri terlalu sukar menghadapi kegagalan,lihatlah bagaimana kentalnya jiwa rasulullah s.a.w.baginda sentiasa berdakwah tanpa henti sama ada berjaya ataupun gagal.Baginda pernah gagal ketika memohon perlindungan daripada pemimpin peduduk taif akibat dianiayai oleh kaum quraisy. saat itu baginda dibalas dengan ejekan dan cercaan,malah dilemparkan batu-batu sehingga melukakan tubuh badan baginda yang mulia. baginda tetap bersabar sekalipun malaikat-malaikat penjaga bukit menawarkan untuk menghukum penduduk taif..

Begitu juga dalam peperangan uhud, tentera Rasulullah juga menghadapi kekalahan disebabkan sebilangan daripada tentera muslim melanggar strategi perang.Namun daripada kegagalan itu, tentera di bawah pimpinan baginda bangun dan berjaya dalam peperangan seterusnya.Malah tiga perempat daripada dunia berjaya ditakluki para sahabat.

Dari manakah datangnya kekuatan luar biasa pada sahabat Nabi? ia terhasil daripada  iman, sifat bersabar ,bertawakkal dan reda dengan apa-apa sahaja yang berlaku. Dan sifat ini mesti menjadi pegangan kepada kita semua bahawa Allah s.w.t sentiasa menjadi penolong,buatlah yang terbaik dan terimalah apa-apa sahaja yang Allah takdirkan untuk kita.


SHARE THIS POST   

  • Facebook
  • Twitter
  • Myspace
  • Google Buzz
  • Reddit
  • Stumnleupon
  • Delicious
  • Digg
  • Technorati
Author: Hakimi
"SUJUD SYUKUR belog "adalah sebuah blog yang memaparkan tentang motivasi islamik, fakta dan info-info menarik serta tip-tip yang berkaitan dengan apa sahaja yang di perolehi daripada sumber-sumber telah dibaca dan di talaah oleh admin.

0 ulasan: